Rahsia Melayu dan bahtera Nabi Nuh as

Rahsia Melayu dan bahtera Nabi Nuh as


Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. Tidak percaya? Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? FIKIRKAN. 100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya? Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar. Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China. Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika! Apa maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya? Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan. Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan. Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar ‘dongeng-dongeng’ ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik. Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai ‘keajaiban’ cerita-cerita ini. Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang ‘nakal’ mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata. Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama, Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan. Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu. Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba. Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit? Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!! Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu. Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata, Veda serta Upanishad. Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang, komputer, reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari! FIKIR-FIKIRKAN….tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

Orang Melayu adalah bangsa yang membunuh utusannya

 

Kesihan kepada para pejuang dan pengasas yang menghidupkan Utusan Melayu dengan susah payah. Yusuf Ishak,Ab Rahim Kajai,Pak Sako, Samad Ismail dll

Kini akhbar yang mereka bina itu tidak lagi wujud di pasaran sebagai media harian sejak diterbitkan pada tahun 1939. Ini sesuatu yang amat malang dan sukar diterima sama sekali. Ia merupakan bencana kepada tamadun, jatidiri dan warisan bangsa kita. Ternyata kini satu daripada warisan tamadun kita telah terkubur.

TERPUPUS dengan perbuatan kita sendiri di era pasca kemerdekaan. Mengapa ? Ini berpunca akibat dasar pendidikan kita yang mematikan tulisan jawi tulisan asal bahasa Melayu.Tidakkah ini satu jenayah terbesar ke atas bangsa kerana membunuh salah satu warisan kita yang terbesar.
UMNO bertanggung jawap penuh ke atas kepupusan dan kesinambungannya !

Satu daripada warisan kita yang terbesar telah sirna. Sedangkan akhbar harian China dan India terus subur. Berapa besarkah pembaca akhbar Tamil sehingga dapat menerbitkan 3 akhbar harian untuk kaum India . Adakah lebih besar daripada khalayak pembaca Melayu.

Apa petakanya , mengapa ia boleh hidup subur di era penjajahan tetapi tidak mendapat tempat selepas kemerdekaan.Sedangkan Utusan Melayu sangat berjasa kepada bangsa , agama dan negara. Siapa boleh menafikannya ? Mana pembelanya yang moto perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air.

Puncanya kenapa ? Puncanya apabila kerajaan memansuhkan subjek tulisan jawi dan bacaan jawi daripada sekolah-sekolah pada awal tahun 1960an semasa Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran.

Akibatnya pembaca tulisan jawi, tulisan asal bahasa Melayu semakin mengecil dan terus pupus. Selepas 30 tahun timbul satu generasi yang buta jawi. Amat mengejutkan sehingga hendak membaca teks Al Quran pun perlu dirumikan.

Itulah kesannya apabila tergamak membuat dasar yang memupuskan warisan bangsa kita.Bila sudah hilang pun masih tidak tersadar.Masih kurang kepekaan dan kepedulian kerana terlalu mementingkan kemajuan yang melulu bersifat kebendaan, Bahawa tamadun ini adalah kebendaan, projek material dan gah semata-mata .

Perlu disedari salah satu kehebatan bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua sistem tulisan yang sama kuat. Huruf Jawi dari Timur (Arab) dan huruf Latin dari Barat.

Adakah bahasa yang sedemikian wujud di mana-mana bahagian dunia. Mengapakah keistimewaan ini tidak dikekalkan.Agak pelik taksub kita kepada tamadun barat sehingga sanggup mengorbankan tulisan asal bangsa sendiri. Kita bangga dengan hanya menggunakan satu sistem tulisan sahaja iaitu huruf rumi “Latin”. Sumbangan Islam yang terbesar telah dinafikan dengan sengaja. Satu fobia ke atas tulisan tersebut. Mungkin dianggap kuno dan serba ketinggalan oleh golongan pendidikan barat yang menguasai pemerintahan.

Perlu diingat Jawi adalah warisan kita yang asal, tulisan permulaan BM sehingga menjadi ligua franca. Tulisan inilah yang mencetuskan tamadun kepada bangsa kita. Terbit ungkapan BAHASA JIWA BANGSA. Tulisan itu beserta khazanahnya mengisi jiwa dan jatidiri bangsa Melayu. Bila jawi terhapus bermakna segala khazanah tamadun kita akan dinyahkan daripada bangsa kita terutama generasi muda.

Justeru untuk memperkasakan BM, akhbar yang menggunakan dua tulisan mesti dihidupkan. Perlu ada daya usaha untuk menerbitkannya dengan nama Utusan Melayu, Utusan Bangsa, Utusan Rakyat atau apa saja.

Tujuannnya untuk menonjolkan kehebatan dan keistimewaan Bahasa Melayu seantero dunia. Satu-satunya bahasa yang memiliki dua sistem tulisan yang sama hebat Jawi dan Rumi di dunia.

Rencana tambahan :

Nasib tulisan Jawi

Awang tertarik dengan rencana tulisan seorang pembaca, Shahabudeen Jalil dalam ruangan Islam Global, sisipan harian Mega, Utusan Malaysia, 3 Februari lalu.

Beliau memaparkan pengalamannya melawat Xinjiang dan bagaimana pihak berkuasa di sana memberi penekanan kepada tulisan Jawi. Mengikut sejarah, majoriti penduduk autonomi Xinjiang berasal dari Turki. Islam tiba di wilayah itu lebih 1,000 tahun lalu (934 Masihi).

Menurut Shahabudeen, tulisan Jawi di wilayah itu yang menjadi asas kepada bahasa Uighur bukan sahaja masih kekal malah diagungkan. Tulisan tersebut dapat dilihat di papan-papan tanda jalan, iklan, poster mahupun dalam kad pengenalan.

Sambil Awang senyum tanda syukur kerana tulisan tersebut masih terbela di Xinjiang, Awang tertanya-tanya tentang nasib tulisan Jawi di Malaysia.

Suatu ketika tulisan Jawi menjadi skrip ilmu, komunikasi dan perantaraan yang penting di nusantara terutama di tanah air kita. Tetapi ia makin pupus dan hari ini tulisan tersebut sudah tidak mempunyai nilai komersial. Awang tidak mahu mengulas panjang tentang faktor-faktor semakin lenyapnya Jawi.

Begitu juga tentang lesunya komitmen untuk menyelamatkan tulisan itu. Selagi Melayu tidak sayang dan pertahan budaya, selagi itulah terlerai satu demi satu khazanah bangsa termasuk Jawi. Persoalannya apakah masih ada harapan untuk memasyarakatkan semula tulisan itu atau mungkin ia akan lebih cepat berkubur? Jawapannya bukan pada Awang tetapi pada kita semua.

Bangsa Melayu Berasal daripada Keturunan Bani Israel Yang Hilang?

Daripada apa yang saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal daripada salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa Kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum Bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum Bani Israel yg sesat atau bangsa yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

 

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu berkenaan asal-usul mereka (bercanggah dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh’the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan tutut membuat kajian DNA juga. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN. Maka jika berpandukan kepada kitab Yahudi tua menunjukkan bahawa ‘lost tribe’ daripada kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.

 

Mengikut manuskrip kuno yang diselewengkan menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu daripada kumpulan Lehi (iaitu terus daripada Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s.). Nabi Yusuf a.s. ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah daripada bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapakah Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ’Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salasilah “Melayu”. Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf a.s.? Kenapa? MAHADI berasal daripada darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?.  Apakah itu ”3Mim”? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?

MELAYU – JAWI

Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri ini berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka. Dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!

KETURAH, IBU MELAYU
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim a.s  selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.  Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi daripada sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi daripada tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.  Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan dan telah menemui kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil daripada bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal daripada satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’) tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s. dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Terdapat kemisterian di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, daripada manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya daripada era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kamboja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kamboja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha.

Bangsa Mala itu memang bukan daripada Yahudi. Perlu diingatkan Yahudi itu daripada seorang lelaki bernama Yehudah (Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s.).  Sedangkan hipotesis daripada Ralph Olsen mengatakan bahawa Bangsa Mala ini daripada Bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s ini jelas apabila kajian DNA telah dilakukan pada puak ‘Bani Menasseh’ di daerah Assam, Burma telah mengesahkan bahawa mereka mempunyai DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari daripada peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan Bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu, bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi ‘Yahudi’ ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya iaitu Shimon dan Yehudah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph), maka layaklah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ia lahir daripada 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu Yahudi, lalu Allah SWT tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana tidaknya, Yahudi hanyalah salah satu suku kaum daripada Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s. Seperkara lagi bangsa Bani Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada mempunyai genetik Bani Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di China juga mempunyai keturunan Bani Isarel yang sudah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Oleh yang demikian, “Lost Tribe Israel” sememangnya lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad s.a.w. yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Maka bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s. Maka pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri dan tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipotesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau, link: www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka akan lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki lost tribe disebelah South East Asia region.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul Kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ia sebagai salah satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih daripada Kaum Melayu dan Islam itu sendiri, kebanyakannya hanyalah berpandukan pada kajian barat dan orang-orang yahudi. Wallahua’lam.

Tetapi sebagai orang Islam, saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin & Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahdi di hari kebangkitan nanti. Insya’allah

ASAL USUL MELAYU

ASAL USUL MELAYU : DARI BANGSA ISRAEL ?

Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, ‘angin’ (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini.

Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. ‘Hilang’ kerana ‘saudara’ mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. ‘Hilang’ juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.